Perkongsian :)

Assalamualaikum,





5 TANDA SI DIA MASIH INGAT KEKASIH LAMA



1. Dia sering membandingkan kamu dengan bekas teman wanita nya. Ini bermakna dia sebenarnya masih tidak dapat melupakan bekas teman wanita nya, sebab itulah dia sering mengatakan kamu mengingatkannya terhadap si dia.




2. Dia mengajak kamu membina hubungan lebih serius dengan tergesa-gesa. Misalnya berkenalan tidak sampai beberapa bulan sudah mengajak kamu bertunang. Ini bermakna dia sebenarnya cuba menutup perasaan dirinya yang masih berbelah bahagi dan untuk menyelamatkan keadaan, dia membina komitmen baru.




3. Sikapnya sering berubah-ubah. Semalam layanan yang diberikan terhadapmu cukup mesra. Hari ini, dia seolah-olah cuba menjauhkan diri. Jika ini sikapnya, bermakna dia masih lagi terperanjat gara-gara putus cinta dengan bekas teman wanita nya.




4. Berpura-pura gembira. Salah satu cara untuk melupakan bekas kekasih ialah dengan berpura-pura gembira. Dia bersikap seolah-olah tiada apa yang berlaku, sedangkan dia sebenarnya menahan rasa sedih.




5. Simpan gambarnya. Walaupun si dia memberi alasan bahawa dia dah tak ada apa-apa perasaan dan itu hanyalah sekeping gambar, tapi usah dibiarkan. Bahaya tu! Bermakna kenangan di antara mereka berdua akan tetap dalam ingatannya.




Emy saje nak share pasal ni kat korang. Rasenya mcm ade bberape points yg mcm kebetulan dgn my Chocolate but hopefully taklah kan. I trust him, insyaAllah :) so happy reading guys!


Sekian.




p/s: Emy tak jiwang okay! Haha








Terima kasih kerana sudi baca, kalau suka sila lah like :)

No comments:

Post a Comment

Lilypie Kids Birthday tickers
Belog ini adalah hak milik Amelia Muhamad Teh